Netizen Malaysia sangat terkenal di kalangan pengguna internet dunia sehinggakan perkataan ‘koyak’ mulai dikenali serta dimasukkan ke Urban Dictionary pada tahun lalu. Hal ini sekaligus menarik minat ramai pihak yang mana telah menghimpunkan beberapa fakta menarik netizen malaysia pada tahun 2021.

Menerusi perkongsian akaun Twitter @papadomacademy, beliau telah menyatakan sebanyak lima fakta menarik mengenai netizen Malaysia tahun 2021. Sudah pasti ramai ingin mengetahui perkara ini memandangkan majoriti rakyat Malaysia memang terlibat secara aktif di dalam internet. Mari kita telusuri lima fakta menarik yang berjaya direkodkan.

1. 86% penduduk Malaysia mempunyai media sosial

Secara keseluruhanya, jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2021 dianggarkan sebanyak 32.7 juta. Ini bermaksud bilangan pengguna media sosial yang berada di Malaysia sudah melebihi 28 juta pada tahun lalu.

Jadi, sangat logik jika dilihat bagaimana sesebuah cerita atau peristiwa boleh tersebar dengan meluas dalam masa jangka masa singkat sahaja terutamanya di Malaysia. Ditambah pula semua lapisan masyarakat sudah mempunyai telefon pintar serta capaian internet untuk kegunaan harian pada ketika ini.

2. YouTube adalah raja media sosial

fakta menarik netizen malaysia
Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan daripada 28 juta pengguna media sosial di Malaysia ini, sebahagian besar iaitu 94% menggunakan platform YouTube dan memiliki akaun peribadi menerusinya. Sementara Whatsapp menduduki tempat kedua di dalam carta, diikuti pula Facebook di tempat ketiga, Instagram di tempat keempat dan akhir sekali Facebook Messenger.

YouTube sememangnya platform digemari ramai oleh kerana terdapat sejumlah besar konten yang boleh diakses dengan mudah. Malah, terdapat sebahagian individu yang bergelar YouTuber di Malaysia mampu menjana pendapatan jutaan ringgit dengan menyajikan konten menarik pada setiap hari buat tontonan ramai.

Jika amati kembali pada carta ini, sejumlah besar media sosial yang sering diguna oleh rakyat Malaysia merupakan di bawah keluarga Meta. Walaupun Facebook bukan lagi di tempat pertama, mereka masih menjadi raja di internet.

3. Rakyat Malaysia gemar menonton video

fakta menarik netizen malaysia
Sumber Gambar: Lifewire

Malaysia telah direkodkan berada di tangga pertama antara semua negara di Asia Tenggara yang menonton konten video paling lama di internet. Secara puratanya bagi jam tontonan yang diluangkan oleh rakyat Malaysia adalah 7.2 jam seminggu. Ini termasuklah merentasi semua platform yang sering digunakan oleh kita.

Konten-konten berasaskan video memang diminati ramai oleh kerana visual menarik serta penyampaian sesebuat topik boleh diserap dengan lebih mudah.  Malahan, pencipta karya juga giat menghasilkan video pada saban hari oleh kerana permintaan yang cukup tinggi oleh peminat mereka.

4. Rakyat Malaysia meluangkan 3 jam sehari di media sosial

Sumber Gambar: The rakyat post

Dalam tempoh 24 jam, 1/8 masa iaitu 3 jam telah digunakan rakyat Malaysia secara purata untuk melayari laman media sosial seperti Facebook, YouTube, TikTok dan Twitter. Bahkan, terdapat sebahagian daripada mereka tidak boleh mengelak oleh kerana keperluan profesion untuk berinteraksi menerusi media sosial.

Menerusi data yang direkod juga menunjukkan 53% daripada keseluruhan pengguna media sosial ini menggunakan platform tersebut untuk urusan kerja.

5. 80% beli produk disebabkan media sosial

Sumber Gambar: Twitter

Terdapat satu kajian yang dibuat oleh Click Insights pada tahun 2020 di mana 80% daripada pembeli membuat keputusan untuk pembelian suatu barangan disebabkan mereka melihat jenama-jenama tertentu di media sosial.

Dalam erti kata lain, 8 daripada 10 pelanggan buat keputusan untuk beli sebab mereka nampak jenama yang tersiar menerusi timeline media sosial peribadi. Di samping itu, perkara ini menjadi kenyataan kerana setiap platform media sosial mempunyai kecerdasan buatan tersendiri yang bakal menyajikan konten-konten yang berkait dengan minat individu.

Sebahagian penjual juga berjaya menerima jumlah pelanggan yang banyak oleh kerana strategi pemasaran dalam talian di media sosial yang digunakan. Bukan itu sahaja, para pengguna internet juga akan terdorong untuk membeli dengan respon positif yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya.

Penggunaan internet yang cukup meluas hari ini oleh umum bukan sahaja boleh menambah intelektual individu, berinteraksi antara satu sama lain dan kini sejumlah orang boleh menjana pendapatan di dalam menampung kelangsungan kehidupan mereka. Perlu diingatkan untuk beradab di dalam talian untuk menjaga imej negara di luar sana.

Selain itu, netizen Malaysia juga dilihat sangat berbakat setelah kerap menerima pengiktirafan daripada Apple dengan hasil gambar dan video menarik menggunakan iPhone sahaja.

Rakaman ‘Slow-mo’ Air Terjun Di Pahang Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

https://www.thevocket.com/apple-sabak-bernam/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20220110

Sumber